KEJELITAAN ZAMAN DAHULU..


Awet Muda


Jika anda inginkan muda, sering tersenyum adalah salah satu petuanya. Selain daripada itu, cubalah ikut petua berikutnya:

Kisar beberapa jambul nanas dan rebus dengan air selama setengah jam. Anggarkan air rebusan tinggal satu cawan. Setelah sejuk barulah diminum. Amalkan meminumnya seminggu sekali. Wanita hamil dilarang mengamalkan cara ini.Amalkan makan sayuran jenis daun dan ulam-ulam untuk awet muda.

Melentik Bulu Mata

Mata adalah salah satu daya penarik bagi seseorang. Untuk memiliki mata yang cantik, di sini ada satu cara yang boleh diamalkan :-

Ambil daun lidah buaya. Sapukan lendirnya pada bulu mata sebelum tidur. Lakukannya berterusan

Melebatkan Bulu Kening

Bakar dua biji buah keras hingga hitam. Kemudian tumbuk hingga halus. Sapukan pada kening setiap hari sebelum tidur. Keesokkannya bersihkan dengan air. Kening akan nampak lebih lebat dan menarik.

Melebatkan Bulu Mata

Rendam satu sudu besar teh di dalam air panas. Setelah sejuk sapukan air teh di bulu mata anda. Amalkan selalu.

Mencantikkan Rambut

Daun limau purut juga boleh digunakan untuk mencantikkan rambut. Caranya
Ramas beberapa helai daun limau purut, sedikit air dan bunga raya.
Apabila sebati, tapis airnya dan lumurkan pada rambut anda.Di samping memberi keharuman pada rambut ia juga menyejukkan kulit kepala.

Meluruskan Rambut

Ambil santan perahan pertama dari sebiji kelapa tua. Kemudian masukkan sebiji air perahan limau nipis ke dalam santan tersebut. Sapukan sekali sehari. Setelah itu cuci rambut dengan air sejuk. Amalkan selama seminggu.

Mencantikkan Payu Dara

Ramai wanita yang inginkan payu dara yang cantik. Cara untuk memilikinya ialah :-

Panaskan dua sudu besar minyak sapi kemudian sejukkan. Sapu dan urutkan di sekeliling payu dara selama 15 minit. Basahkan tuala dengan air suam, kemudian lap sehingga bersih.
Tumbuk sepuluh ulas bawang merah hingga halus. Kemudian sapukan di sekitar payu dara. Jangan terkena pada putingnya. Biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air bersih seperti biasa.

Mengempiskan Perut

Jika anda makan nasi jangan disulami dengan air. Ini untuk mengelakkan perut buncit. Sebaiknya minum air dua atau tiga jam selepas makan.

Selepas bersalin, sesetengah wanita mengalami masalah perut buncit. Cara untuk memulihkannya kembali ialah :

Campurkan sedikit kapur makan, lima helai daun sirih, beberapa titik minyak kayu putih dan satu sudu besar air limau nipis.Sapukan ramuan ini pada perut dan pakailah bengkung. Lakukan sehingga nampak perubahannya.

Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Setelah sejuk, sapukan pada perut. Biarkan selama 10 minit. Lakukan setiap hari sehingga menampakkan hasilnya.

Didihkan jadam dengan sedikit air asam jawa sehingga pekat. Apabila suam, lumurkan pada perut sebelum memakai bengkung.

Bancuh sedikit asam jawa, segelas air panas dan garam. Embunkannya semalaman. Keesokkan paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka.

Kaki Bersisik

Gosok buah mengkudu pada kaki yang bersisik. Biarkan selama 15 minit. Kemudian baru dibersihkan. Selain daripada kaki bersisik, petua ini boleh juga dilakukan pada jari kaki yang luka.

Campurkan segenggam hampas kelapa dengan sedikit asam jawa. Gosok berulang kali di bahagian kaki yang bersisik. Amalkan selalu.

Setiap hari sapukan sedikit minyak kelapa yang belum digunakan pada kaki yang bersisik.












AKAN DATANG ~ TEATER TARI GUSTI PUTERI RADEN ADJHENG RETNO DUMILAH





Okey kat sini Reiy nak cerita sikit pasal my new project,Sekarang ni tengah sibuk sikit dengan persiapan anak sulung pertama bagi Reiy dalam pengiatan dalam industry entertainment.. So ni serba sidikit plot dan jalan ceritanye...So any update Reiy akan inform korang semua okey bila tarihk tayangan dan jugak tarihk uji bakat untuk pelakon dan juga penari okey...Sesiapa yang berminat boleh lah email Reiy untuk keterangan lanjut okey...... 




 “PREKUEL PUTERI GUNUNG LEDANG”




Prekuel bermaksud cerita yang berlaku sebelum penceritaan Puteri Gunung Ledang dilamar oleh Sultan Melaka. Cerita ini berdasarkan sedikit fakta dan juga andaian yang dilakukan berdasarkan kajian yang dibuat. Teater Tari ini diberikan Nama teater tari Gusti Puteri Raden Adhjeng Retno Dumilah disebabkan teater tari ini menceritakan kisah Gusti puteri sendiri dan juga kerajaan Majapahit itu sendiri. Teater Tari ini juga menceritakan detik permulaan percintaan Gusti Puteri dengan Laksamana Melayu “Hang Tuah.

 Watak utama “Gusti Puteri Raden Adhjeng Retno Dumilah”  perkenalan watak ini akan diiringi muzik gamelan jawa secara langsung dan akan disusuli Syair-syair Jawa memperkasa serta menunjukkan kehebatan puteri-puteri jawa serta wanita-wanita masa dahulu. Ketaatan, kesetiaan serta ampuhan falsafah cinta bagi wanita jawa.

GERAK TARI
Tarian Jawa ( tarian traditional kraton jawa mataram).

Majapahit adalah sebuah kerajaan yang pernah ditubuhkan sekitar tahun 1293 hingga1500 M dan berpusat di Jawa Timur. Kerajaan ini pernah menguasai pulau Jawa,Sumatera, Borneo, Sulawesi/Celebes, Madura, Bali, dan banyak wilayah lain diNusantaraPada abad ke-15 Majapahit menjadi pusat perdagangan utama. Pelabuhan utama ialah Kataha (Kedah Tua) dan Temasik yang sering dikunjungi oleh pedagang dari Asia Tenggara, China, India, dan Timur Tengah.

GERAK TARI
 kontemperari dan kreatif banyak diselitkan didalam penceritaan plot ini. Gerak tari mengambarkan kegiatan harian disebuah Bandar pelabuhan dan kegiatan harian.
  

Plot ini pulak lebih kepada kedatangan rombongan Kerajaan Melayu Melaka ke Majapahit. Diplot ini ditujukkan keramahan dan kesantunan masyarakat majapahit menyambut tetamu. Melalui plot ini juga ditonjolkan ketokohan serta kepahlawan Hang Tuah pahlawan melayu tersohor pada masa itu bersama pahlawan-pahlawan Melayu yang lain.

GERAK TARI
Kreatif dan Kontemperari . gerak tari jawa menyambut tetamu dan gerak tari kepahlawan menyembah takzim dan kesantunan adat-adat melayu bila berada diperantauan.
 

Berkisahkan Kerajaan Majapahit menyambut Rombongan Kerajaan Melaka Di Kraton. Sambutan dijalankan dengan penuh Meriah dengan pelbagai majlis diadakan. Pertujukkan tarian oleh Gusti Puteri dan Penari2 Istana.

GERAK TARI
Gabungan kontemperari danTraditional Jawa

Bagi plot ini ditimbulkan sedikit ketegangan. Plot ini mengisahkan bagaimana Hang Tuah Menewaskan Taming Sari seorang Pahlawan Jawa yang mengamuk bila tuntutan beliau tidak dipenuhi oleh Gusti Prabu. Taming Sari ingin memperisterikan gusti puteri tetapi tidak mendapat restu dari gusti prabu dan juga Patih Gaja Mada. Berlakulah pergelutan diantara Taming Sari dan Hang Tuah. Taming Sari dapat ditewaskan oleh Hang Tuah serta Keris Taming Sari diserahkan kepada Hang Tuah di atas kepahlawanan Hang Tuah menewaskan Taming Sari. Di plot ini juga bermula detiknya jatuh hati diantara gusti puteri dan Hang Tuah.

GERAK TARI
Kontemperari dan gerak tari silat melayu.


Pengkisahan kisah cinta Gusti Puteri disusuli dengan syair-syair Cinta, Kata-kata indah cinta seorang wanita terhadap ketampanan seorang lelaki.  Diplot ini ditonjolkan watak Hang Tuah dan Gusti Puteri memadu kasih. Tanpa disedari percintaan mereka dapat dihidu oleh Patih Gaja Mada.

GERAK TARI
traditional jawa.
  

Plot 7 diceritakan bagaimana Patih Gaja Mada memperlihatkan kebijaksanaan nya  didalam pemeritahan. Patih Gaja Mada dengan penuh kebijaksanaannya mempengaruhi Gusti Prabu supaya mengawini Gusti Puteri kepada Kerajaan Demak. Kerajaan Demak pada masa itu adalah sebuah kerajaan yang kuat, yang ingin mempeluaskan empayar Islam keseluruh Nusantara.

GERAK TARI
Traditional Jawa.

Keenggan Gusti Puteri untuk berkawin dengan Putera Demak menimbulkan Konflik bagi plot akhir ini. Gerak tari yang keras ditonjolkan oleh Gusti Prabu bagi menunjukkan ketegasan Gusti Prabu didalam membuat keputusan. Gerak Tari yang sedih serta melawan kehendak Gusti Prabu digarapkan bagi memperlihatkan bagaimana cantiknya gerak tari jawa serta irama gamelan yang mengiringi gerak tari ini.

GERAK TARI
Traditional jawa
  

Penceritaan semula bagaimana Gusti Puteri lari bersama Bayan Istana ke Gunung Ledang untuk mempertaruhkan Cinta Agung seorang Gusti Puteri.

GERAK TARI
ASMARADANA dipetik dari cerita PGL



USAHA SAMA :


  



About Me

My photo
I just a one person who love to do art like event,entertainment,beauty and more...If you have any question to ask for regard event or any show biz just call me at this no 017-2139415 or email me at galaseri.studio@gmail.com

Followers

free counters