Okey kat sini Reiy nak cerita sikit pasal my new project,Sekarang ni tengah sibuk sikit dengan persiapan anak sulung pertama bagi Reiy dalam pengiatan dalam industry entertainment.. So ni serba sidikit plot dan jalan ceritanye...So any update Reiy akan inform korang semua okey bila tarihk tayangan dan jugak tarihk uji bakat untuk pelakon dan juga penari okey...Sesiapa yang berminat boleh lah email Reiy untuk keterangan lanjut okey......
“PREKUEL PUTERI GUNUNG LEDANG”
Prekuel bermaksud cerita yang berlaku
sebelum penceritaan Puteri Gunung Ledang dilamar oleh Sultan Melaka. Cerita ini
berdasarkan sedikit fakta dan juga andaian yang dilakukan berdasarkan kajian
yang dibuat. Teater Tari ini diberikan Nama teater tari Gusti Puteri Raden
Adhjeng Retno Dumilah disebabkan teater tari ini menceritakan kisah Gusti
puteri sendiri dan juga kerajaan Majapahit itu sendiri. Teater Tari ini juga
menceritakan detik permulaan percintaan Gusti Puteri dengan Laksamana Melayu
“Hang Tuah.
Watak utama “Gusti
Puteri Raden Adhjeng Retno Dumilah”
perkenalan watak ini akan diiringi muzik gamelan jawa secara langsung
dan akan disusuli Syair-syair Jawa memperkasa serta menunjukkan kehebatan
puteri-puteri jawa serta wanita-wanita masa dahulu. Ketaatan, kesetiaan serta
ampuhan falsafah cinta bagi wanita jawa.
GERAK TARI
Tarian Jawa ( tarian traditional
kraton jawa mataram).
Majapahit adalah sebuah kerajaan yang
pernah ditubuhkan sekitar tahun 1293 hingga1500 M dan berpusat di Jawa Timur. Kerajaan ini pernah menguasai pulau Jawa,Sumatera, Borneo, Sulawesi/Celebes, Madura, Bali, dan banyak wilayah lain diNusantara. Pada
abad ke-15 Majapahit menjadi pusat perdagangan utama. Pelabuhan utama ialah
Kataha (Kedah Tua) dan Temasik yang sering dikunjungi oleh pedagang dari Asia
Tenggara, China, India, dan Timur Tengah.
GERAK
TARI
kontemperari dan kreatif banyak diselitkan
didalam penceritaan plot ini. Gerak tari mengambarkan kegiatan harian disebuah
Bandar pelabuhan dan kegiatan harian.
Plot
ini pulak lebih kepada kedatangan rombongan Kerajaan Melayu Melaka ke
Majapahit. Diplot ini ditujukkan keramahan dan kesantunan masyarakat majapahit
menyambut tetamu. Melalui plot ini juga ditonjolkan ketokohan serta kepahlawan
Hang Tuah pahlawan melayu tersohor pada masa itu bersama pahlawan-pahlawan
Melayu yang lain.
GERAK
TARI
Kreatif
dan Kontemperari . gerak tari jawa menyambut tetamu dan gerak tari kepahlawan
menyembah takzim dan kesantunan adat-adat melayu bila berada diperantauan.
Berkisahkan
Kerajaan Majapahit menyambut Rombongan Kerajaan Melaka Di Kraton. Sambutan
dijalankan dengan penuh Meriah dengan pelbagai majlis diadakan. Pertujukkan
tarian oleh Gusti Puteri dan Penari2 Istana.
GERAK
TARI
Gabungan
kontemperari danTraditional Jawa
Bagi
plot ini ditimbulkan sedikit ketegangan. Plot ini mengisahkan bagaimana Hang
Tuah Menewaskan Taming Sari seorang Pahlawan Jawa yang mengamuk bila tuntutan
beliau tidak dipenuhi oleh Gusti Prabu. Taming Sari ingin memperisterikan gusti
puteri tetapi tidak mendapat restu dari gusti prabu dan juga Patih Gaja Mada.
Berlakulah pergelutan diantara Taming Sari dan Hang Tuah. Taming Sari dapat
ditewaskan oleh Hang Tuah serta Keris Taming Sari diserahkan kepada Hang Tuah
di atas kepahlawanan Hang Tuah menewaskan Taming Sari. Di plot ini juga bermula
detiknya jatuh hati diantara gusti puteri dan Hang Tuah.
GERAK
TARI
Kontemperari
dan gerak tari silat melayu.
Pengkisahan
kisah cinta Gusti Puteri disusuli dengan syair-syair Cinta, Kata-kata indah
cinta seorang wanita terhadap ketampanan seorang lelaki. Diplot ini ditonjolkan watak Hang Tuah dan
Gusti Puteri memadu kasih. Tanpa disedari percintaan mereka dapat dihidu oleh
Patih Gaja Mada.
GERAK
TARI
traditional
jawa.
Plot
7 diceritakan bagaimana Patih Gaja Mada memperlihatkan kebijaksanaan nya didalam pemeritahan. Patih Gaja Mada dengan
penuh kebijaksanaannya mempengaruhi Gusti Prabu supaya mengawini Gusti Puteri
kepada Kerajaan Demak. Kerajaan Demak pada masa itu adalah sebuah kerajaan yang
kuat, yang ingin mempeluaskan empayar Islam keseluruh Nusantara.
GERAK
TARI
Traditional
Jawa.
Keenggan
Gusti Puteri untuk berkawin dengan Putera Demak menimbulkan Konflik bagi plot
akhir ini. Gerak tari yang keras ditonjolkan oleh Gusti Prabu bagi menunjukkan
ketegasan Gusti Prabu didalam membuat keputusan. Gerak Tari yang sedih serta
melawan kehendak Gusti Prabu digarapkan bagi memperlihatkan bagaimana cantiknya
gerak tari jawa serta irama gamelan yang mengiringi gerak tari ini.
GERAK
TARI
Traditional
jawa
Penceritaan
semula bagaimana Gusti Puteri lari bersama Bayan Istana ke Gunung Ledang untuk
mempertaruhkan Cinta Agung seorang Gusti Puteri.
GERAK
TARI
ASMARADANA
dipetik dari cerita PGL