Petua Untuk Tampak Hebat Untuk Lelaki


1. Pastikan jangkamasa bersolek tidak lama iaitu antara 10 hingga 15 minit saja.


2. Pemakaian mekap nipis saja atau natural, jangan terlalu tebal dan keterlaluan.


3. Bersenam atau berkunjung ke gimnasium boleh meningkatkan kesihatan fizikal dan wajah juga akan nampak sihat.


4. Jangan kedekut membelanjakan wang untuk membeli baju yang cantik.


5. Amalkan pemakaian pupur wajah dua kali seminggu dan scrub sekali dalam seminggu.


6. Jenama kecantikan pilihan pakar yang sesuai untuk kulit lelaki - MAC, SKII, JPG, Shiseido, Clinique.


7. Pilihlah bedak asas yang tidak mengandungi minyak dan pastikan warnanya sama dengan warna leher anda supaya tidak ketara perbezaannya.


8. Bahagian zon-T wajah senang berminyak, jadi sapukan bedak kompak di kawasan ini bila perlu.


9. Pilihlah pressed powder atau bedak kompak dari warna natural.


(CUBA TENGOK WAJAH SHAHIR AF8 SELEPAS DI MAKE UP)

BULU MATA CANTIK DENGAN EYELASH EXTENSION


Sesetengah wanita amat bertuah kerana memiliki bulu mata yang cantik dan melentik. Bulu mata lebat membuatkan mata nampak galak dan lebih menawan berbanding wanita yang bulu matanya pendek dan tipis. Bagi wanita yang kurang bulu mata dan sudah berbiasa mengenakan bulu mata palsu, pasti akan terasa janggal melihat wajah tanpa efek bulu mata palsu. Ada kalanya, maskara tidak membantu biarpun menjanjikan efek bulu mata yang panjang serta-merta dengan beberapa lapisan sapuan.


Tidak dinafikan memakai bulu mata palsu dapat memberi efek yang diinginkan memandangkan pasaran masa kini sudah banyak menawarkan bulu mata dalam pelbagai jenis. Begitu juga bagi wanita yang sudah serasi menggunakan maskara yang berlapis-lapis dan tebal asalkan mata nampak galak.

Satu lagi teknik untuk mendapatkan bulu mata yang cantik dan lentik direalisasikan melalui Eyelash Extension. Terdapat beberapa jenama terkenal yang menawarkan perkhidmatan berkaitan kecantikan mata termasuk memasang Eyelash Extension memberi panduan bagaimana anda boleh memiliki bulu mata yang menawan dengan memilih jenis Eyelash Extension yang sesuai mengikut personaliti.

Kenapa Bulu Mata Menipis?
Tahukah anda teknik menanggalkan solekan mata merupakan salah satu sebab bulu mata gugur? Ada kalanya anda menggosok atau menyapu kuat pada kelopak mata untuk menanggalkan solekan pembayang mata, eye liner dan maskara bulu mata tertanggal. Pemakaian maskara yang tebal secara kerap juga akan membuatkan bulu mata menjadi berat dan condong ke bawah dan serta menjejaskan kelentikan bulu mata. Jika tidak menggunakan penanggal mekap yang berkesan, maka inilah kemungkinannya.

Kitaran bulu mata yang gugur lazimnya mengambil masa lebih kurang 4 hingga 8 minggu untuk tumbuh semula sepenuhnya. Bagaimanapun, semakin usia meningkat, kitaran ini akan mengambil masa yang lebih lama. Sememangnya kita mahukan bulu mata yang lentik, tebal atau panjang agar penampilan kekal menarik sentiasa namun faktor umur harus diambil kira kerana peningkatan umur menyebabkan bulu mata semakin kurang atau tipis.

Setiap bulu mata tumbuh pada ukuran panjang yang tertentu. Apabila ia mencapai ukuran yang sepatutnya, ia akan berhenti memanjang dan gugur dengan sendiri. Kemudian, bulu mata yang baru akan tumbuh secara semula jadi. Panjang bulu mata mempunyai ukuran maksimun bergantung kepada keturunan atau genetik.

Menurut pakar, seorang wanita boleh mencantikkan lagi bulu mata yang sedia ada dengan menambah efek seperti smokey, seksi, dramatik atau dengan menambahkan panjang atau ketebalan bulu mata. Jika mahu kelihatan ranggi dan up to date, mungkin gabungan bulu mata yang berwarna mengikut warna rambut boleh diaplikasikan bersama bulu mata hitam.




Salam....


Hai dah lama Reiy tak up date reiy nye blog kan...Sory I'm to bz lately....tak sempat nak bagi tips2 dan juga rahsia2 kecantikan kat korang semua...Now Reiy dah benti keja so Reiy tumpukan sepenuh perhatian dekat Make Up dan Fashion...Jadi ni lah yang menyebab kan Reiy agak sibuk sampai tak sempat nak up date blog ni, sebab bnyak sangat booking dan jugak tempahan..Dengan my make up class lagi dngan nak make up orang lagi.....Isyaallah lepas ni akan selalulah Reiy Up date ya...So sesapa yang selalu drop by tu..Terima Kasih di ucap kan okey...Sesapa yg ada soalan pasal make up atau perlukan bantuan Reiy dalam fashion boleh Pm to my inbox atau leh send trus to my email k...

Salam Sayang Semua...

Beauty Is Art..reiymie razak...

MAKE UP CLASS WITH ME.......

Makeup tutorial: The Classic Pin-Up Girl

PELAMIN OOHH PELAMIN....





Ramai yang mengimpikan hari persandingan mereka penuh gemilang dan menarik. Antara faktor utama yang menjadi penyeri ketika hari bersanding adalah pelamin. Pelamin merupakan suatu simblik di mana pasangan yang sudah diijabkabulkan dipamerkan kepada khalayak untuk direstu oleh sanak saudara serta kawan rapat. Pelamin yang indah pasti menjadi bualan serta ikutan bagi yang bakal mendirikan mahligai pula.Mari kita lihat faktor penting memilih pelamin yang sesuai;

1. Ruang – pastikan ruang bersanding adalah sesuai dengan saiz pelamin yg dikehendaki. Platform serta hiasan latar perlu sesuai untuk mengelakkan pelamin kelihatan ’sempit’
2. Hiasan – jika kawasan letak pelamin sempit, elakkan daripada memasukkan elemen2 yang terlalu banyak seperti pahar bunga telur yang banyak, hiasan2 bunga, ini akan menyebabkan pelamin nampak berserabut.
3. Cahaya – sudah tentu faktor ini amat penting kerana di pelaminlah anda dan pasangan akan berposing sakan bersama keluarga untuk gambar kenangan. pastikan kawasan pelamin menerima cahaya yang mencukupi untuk memudahkan kerja photographer, jika tidak dapatkan bantuan pembuat pelamin untuk menambah lampu yang bersesuaian.

10 MONTH BEFORE YOUR WEDDING....


6-10 Bulan


* Tentukan hari perkahwinan

* Tentukan jenis perkahwinan yang diinginkan.

* Semak dengan Jabatan Agama Negeri berkenaan perkahwinan dan ikut peraturannya. - Penting untuk kes wali hakim, poligami, nikah bawah umur dan anak tidak sah taraf.

* Berbincang dengan bakal isteri/suami mengenai perbelanjaan dan libatkan juga keluarga kedua-dua pihak.

* Tentukan tempat kenduri dilansungkan. Buat tempahan awal terutama bagi majlis di dewan atau hotel.

* Dapatkan juga pelan untuk ke lokasi majlis

* Hubungi Pengurus Katering untuk berbincang tentang pakej perkahwinan yang disediakan. Buat tempahan awal untuk mengelak kekecewaan

* Pilih pengapit-pengapit anda

* Berjumpa dengan florist dan jurugambar untuk berbincang tentang budget dan pilihan

* Pilih baju nikah, baju kahwin dan baju sebelah bakal isteri/suami

*
Pilih baju untuk pengapit

* Beli hantaran seperti pakaian, minyak wangi, alat solek semasa musim perayaan untuk mendapat diskaun

* Tentukan bilangan tetamu dan buat senarai

* Tentukan dimana anda berdua akan tinggal selepas berkahwin. Jika akan berpindah ke rumah baru, rancang peralatan dan oerhiasan rumah baru supaya ianya siap pada masanya.

* Sediakan satu folder untuk meletakkan borang, brochure, salinan fotokopi maklumat peribadi dan maklumat perkahwinan anda

* Sediakan dokumen ini:

o Salinan Kad Pengenalan (min 10)
o Salinan Surat Beranak (min 3)
o Salinan Surat Nikah Ibubapa (min 3)
o Gambar bersongkok/bertudung saiz pasport (min 5)
o Salinan Sijil Kursus Pra Perkahwinan (min 3)
o Perintah bertulis dari mahkamah mengenai wali hakim, poligami/nikah bawah umur dan lain-lain.
o Kebenaran kedutaan jika warga asing
o Kebenaran majikan bagi anggota Polis dan Tentera
o Surat Perakuan Bujang dari majikan

4-6 Bulan

*Poskan kad jemputan dan hebahkan kepada kawan dan sanak saudara

*Pastikan keluarga menyediakan ucapan perkahwinan

*Aturkan masa untuk fitting baju kahwin anda dan aksesori

*Siapkan bilik atau rumah pengantin

3-6 Bulan

*Hadiri kursus Pra Perkahwinan

*Dapatkan kebenaran perkahwinan dari Jabatan Agama Negeri

*Jumpa dengan Imam Jurunikah dan buat tempahan untuk majlis pernikahan

*Dapatkan kebenaran jika ingin melangsungkan pernikahan di masjid

*Buat rancangan/tempahan untuk berbulan madu

*Buat tempahan hotel bagi sanak saudara yang datang dari jauh

*Pilih cincin perkahwinan

*Jumpa doktor untuk pemeriksaan kesihatan dan ujian HIV. Dapatkan borang ujian HIV di Jabatan Agama Negeri

*Bantu keluarga anda mendapatkan baju yang sesuai dengan tema perkahwinan anda

*Jika imunisasi diperlukan bagi bulan madu di luar negara, aturkan.

*Semak tamat tempoh pasport. Pastikan terdapat minimum 6 bulan sebelum tamat tempoh

*Tentukan aturcara majlis

*Dapatkan seorang master-of-ceremony dan wakil keluarga pengantin

*Tentukan warna baju, bunga, kek dan lain-lain.
2-4 Bulan

*Sahkan kehadiran/tempat tinggal tetamu dan saudari dari luar negeri

*Jadualkan temu janji dengan pendandan rambut dan mak andam

*Datang ke hotel/dewan dan semak maklumat terperinci dengan pengurus catering

*Tentukan jumlah tetamu yang hadir dan pelan tempat duduk

*Lakukan pemeriksaan terakhir dengan jurugambar, tukang kek dan pemandu

*Pastikan anda telah mempunyai pakaian 'istimewa' untuk bulan madu

*Pastikan pakaian bagi ahli keluarga, pengapit telah siap

*Aturkan rehearsal untuk bagi perkahwinan

7 Hari

*Maklumkan kepada Pengurusan Katering jumlah tetamu dan semak senarai tetamu

*Semak terperinci bunga, jurugambar dan muzik

*'Confirmkan' bulan madu anda dan mula berkemas

*Buat 'rehearsal' dan betulkan masalah dengan segera. Sediakan jamuan ringan.

*Pastikan tetamu anda tahu bagaimana untuk ke majlis anda. Letak papan tanda di tempat yang mudah dilihat.

*Hubungi tetamu/saudara yang menginap di hotel tempahan mereka.

1 Hari

*Berjumpa dengan sanak saudara anda yang datang dari jauh, dan pastikan mereka mempunyai tempat bermalam

*Kemaskan semua barang yang anda perlu bawa ke tempat perkahwinan

*Sediakan semua aksesori perkahwinan, barang kemas, pakaian dalam, pin, ubat dan barangan kecemasan.

*Cari satu masa untuk bertukar-tukar hadiah dengan bakal pasangan anda.

*Bawa pakaian anda sehari sebelum majlis ke hotel/rumah pengantin.

Hari Majlis

*Jumpa pendandan rambut dan mak andam anda untuk solekan.

*Makan sarapan supaya anda tidak kelaparan dan gelisah

*Bertenang, banyak senyum dan ucap terima kasih kepada mereka yang membantu anda

Selepas Majlis

*Kemas pakaian anda, pastikan tiada yang hilang terutama jika yang disewa

*Hantarkan kek kepada tetamu yang tidak dapat hadir

*Kemaskan hadiah yang diterima dan pastikan terdapat seseorang yang bertanggungjawab

*Walaupun penat, pastikan anda tidak stress dan nikmatilah hari istimewa anda.

*Selamat Pengantin Baru kepada anda....


About Me

My photo
I just a one person who love to do art like event,entertainment,beauty and more...If you have any question to ask for regard event or any show biz just call me at this no 017-2139415 or email me at galaseri.studio@gmail.com

Followers

free counters