Make Over bersama Mr. Reiy...


Hai semua...Haaa kat sini Reiy nak tunjuk hasil keja tangan Reiy sikit,sebelum ni reiy dok kasi tips2 jerk kan..Kali ni Reiy nak tunjuk kan hasil nye...By the way thank you so much to Shami sebab sudi jadi model Reiy yek....Next time kite buat lagi okey..Pada yang lain enjoy okey...If ada comment atau ada apa2 nak tanye just ask dekat comment tu okey,nanti reiy cuba jawap... :)


Pic ni sebelum make up...


Yang putih ni baru lepas pakai foundation...


Ni lepas siapkan mata,teknik 'Mata Lebam' aka Smokey Eye...

Sebelum dan Selepas


Dan ni beberapa lagi pis enjoy..


Petua Untuk Tampak Hebat Untuk Lelaki


1. Pastikan jangkamasa bersolek tidak lama iaitu antara 10 hingga 15 minit saja.


2. Pemakaian mekap nipis saja atau natural, jangan terlalu tebal dan keterlaluan.


3. Bersenam atau berkunjung ke gimnasium boleh meningkatkan kesihatan fizikal dan wajah juga akan nampak sihat.


4. Jangan kedekut membelanjakan wang untuk membeli baju yang cantik.


5. Amalkan pemakaian pupur wajah dua kali seminggu dan scrub sekali dalam seminggu.


6. Jenama kecantikan pilihan pakar yang sesuai untuk kulit lelaki - MAC, SKII, JPG, Shiseido, Clinique.


7. Pilihlah bedak asas yang tidak mengandungi minyak dan pastikan warnanya sama dengan warna leher anda supaya tidak ketara perbezaannya.


8. Bahagian zon-T wajah senang berminyak, jadi sapukan bedak kompak di kawasan ini bila perlu.


9. Pilihlah pressed powder atau bedak kompak dari warna natural.


(CUBA TENGOK WAJAH SHAHIR AF8 SELEPAS DI MAKE UP)

BULU MATA CANTIK DENGAN EYELASH EXTENSION


Sesetengah wanita amat bertuah kerana memiliki bulu mata yang cantik dan melentik. Bulu mata lebat membuatkan mata nampak galak dan lebih menawan berbanding wanita yang bulu matanya pendek dan tipis. Bagi wanita yang kurang bulu mata dan sudah berbiasa mengenakan bulu mata palsu, pasti akan terasa janggal melihat wajah tanpa efek bulu mata palsu. Ada kalanya, maskara tidak membantu biarpun menjanjikan efek bulu mata yang panjang serta-merta dengan beberapa lapisan sapuan.


Tidak dinafikan memakai bulu mata palsu dapat memberi efek yang diinginkan memandangkan pasaran masa kini sudah banyak menawarkan bulu mata dalam pelbagai jenis. Begitu juga bagi wanita yang sudah serasi menggunakan maskara yang berlapis-lapis dan tebal asalkan mata nampak galak.

Satu lagi teknik untuk mendapatkan bulu mata yang cantik dan lentik direalisasikan melalui Eyelash Extension. Terdapat beberapa jenama terkenal yang menawarkan perkhidmatan berkaitan kecantikan mata termasuk memasang Eyelash Extension memberi panduan bagaimana anda boleh memiliki bulu mata yang menawan dengan memilih jenis Eyelash Extension yang sesuai mengikut personaliti.

Kenapa Bulu Mata Menipis?
Tahukah anda teknik menanggalkan solekan mata merupakan salah satu sebab bulu mata gugur? Ada kalanya anda menggosok atau menyapu kuat pada kelopak mata untuk menanggalkan solekan pembayang mata, eye liner dan maskara bulu mata tertanggal. Pemakaian maskara yang tebal secara kerap juga akan membuatkan bulu mata menjadi berat dan condong ke bawah dan serta menjejaskan kelentikan bulu mata. Jika tidak menggunakan penanggal mekap yang berkesan, maka inilah kemungkinannya.

Kitaran bulu mata yang gugur lazimnya mengambil masa lebih kurang 4 hingga 8 minggu untuk tumbuh semula sepenuhnya. Bagaimanapun, semakin usia meningkat, kitaran ini akan mengambil masa yang lebih lama. Sememangnya kita mahukan bulu mata yang lentik, tebal atau panjang agar penampilan kekal menarik sentiasa namun faktor umur harus diambil kira kerana peningkatan umur menyebabkan bulu mata semakin kurang atau tipis.

Setiap bulu mata tumbuh pada ukuran panjang yang tertentu. Apabila ia mencapai ukuran yang sepatutnya, ia akan berhenti memanjang dan gugur dengan sendiri. Kemudian, bulu mata yang baru akan tumbuh secara semula jadi. Panjang bulu mata mempunyai ukuran maksimun bergantung kepada keturunan atau genetik.

Menurut pakar, seorang wanita boleh mencantikkan lagi bulu mata yang sedia ada dengan menambah efek seperti smokey, seksi, dramatik atau dengan menambahkan panjang atau ketebalan bulu mata. Jika mahu kelihatan ranggi dan up to date, mungkin gabungan bulu mata yang berwarna mengikut warna rambut boleh diaplikasikan bersama bulu mata hitam.




Salam....


Hai dah lama Reiy tak up date reiy nye blog kan...Sory I'm to bz lately....tak sempat nak bagi tips2 dan juga rahsia2 kecantikan kat korang semua...Now Reiy dah benti keja so Reiy tumpukan sepenuh perhatian dekat Make Up dan Fashion...Jadi ni lah yang menyebab kan Reiy agak sibuk sampai tak sempat nak up date blog ni, sebab bnyak sangat booking dan jugak tempahan..Dengan my make up class lagi dngan nak make up orang lagi.....Isyaallah lepas ni akan selalulah Reiy Up date ya...So sesapa yang selalu drop by tu..Terima Kasih di ucap kan okey...Sesapa yg ada soalan pasal make up atau perlukan bantuan Reiy dalam fashion boleh Pm to my inbox atau leh send trus to my email k...

Salam Sayang Semua...

Beauty Is Art..reiymie razak...

MAKE UP CLASS WITH ME.......

Makeup tutorial: The Classic Pin-Up Girl

About Me

My photo
I just a one person who love to do art like event,entertainment,beauty and more...If you have any question to ask for regard event or any show biz just call me at this no 017-2139415 or email me at galaseri.studio@gmail.com

Followers

free counters