TIPS FOR A GUY....



Jika wanita rasanya tidak lengkap tanpa dress di dalam almari mereka, lelaki juga begitu. Memiliki pakaian formal terutamanya kemeja dengan potongan tepat perlu dimiliki semua lelaki era ini. Namun sering saja terlihat kebanyakan lelaki gagal mendapat potongan kemeja yang baik untuk mereka. Ada juga yang beranggapan jika mereka seorang bos atau berkerja dalam bidang korporat sahaja harus memilikinya. Atas alasan itu juga kebanyakan lelaki hanya membeli kemeja yang ada di pasaran tanpa memikirkan banyak perkara. Potongan, pemilihan fabrik, malah perincian pada helaian kemeja. Untuk itu, Manual gaya kali ini memberi panduan kepada anda agar penampilan dengan kemeja formal kelihatan lebih profesional dan bergaya. Berikut 4 tip yang anda perlu dilakukan apabila memilih kemeja sesuai.

TUKANG JAHIT Harus menjadi keutamaan bagi anda memilih tukang jahit yang benar-benar anda percaya. Survey dahulu beberapa butik yang berpengalaman mereka dan menjahit pakaian formal. Kemudian buatlah pilihan tepat. Daripada perbualan awal tentang gaya, anda sudah boleh menilai tahap kepakaran seseorang tukang jahit. Lihat juga koleksi rekaan mereka sama ada ia menepati citarasa anda atau tidak.Tukang jahit yang baik tentu saja dapat mencipta gaya yang anda inginkan tanpa berdolak-dalih.

FABRIK Pemilihan fabrik adalah elemen penting dalam menentukan keselesaan anda sebagai si pemakai. Pilihan kain kapas adalah yang paling sesuai untuk kemeja. Material yang lembut, kuat dan anti-kedut juga adalah alasan kapas sering menjadi pilihan tukang jahit untuk membuat kemeja. Italian Cotton adalah pilihan kebanyakan pereka fesyen antarabangsa. Namun ia juga bergantung juga kepada majlis yang anda ingin kunjungi. Pemilihan satin yang lebih lembut mungkin lebih sesuai untuk majlis makan malam. Jika anda tidak berani bermain dengan material, kemeja berfabrik kapas sudah cukup untuk anda kelihatan hebat!

0 comments:

Post a Comment

About Me

My photo
I just a one person who love to do art like event,entertainment,beauty and more...If you have any question to ask for regard event or any show biz just call me at this no 017-2139415 or email me at galaseri.studio@gmail.com

Followers

free counters